Friday, November 13, 2009

ANALISA HARIAN chekguforex

13 Nov 2009

USD mengalami kenaikan yang drastik semalam kerana:
1.Ucapan Geithner yang menyatakan bahawa Amerika masih memerlukan dollar yang kuat untuk mengimbangi pemulihan ekonomi sejagat.
2. Inventori minyak mentah US berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini telah menyebabkan penurunan pada harga minyak mentah sekaligus menaikkan nilai USD.
3.Campur tangan bank pusat sesetengah negara yang bertindak membeli USD kerana ucapan Geithner.
Maka, sentiman market hari ini, akan menjadi bercampur-campur dengan tiada ketentuan arah dari petunjuk-petunjuk ekonomi dan ini menyababkan market akan mengambil nafas untuk menentukan arah .Perlu berhati-hati kerana data ekonomi yang diangap tidak penting akan menjadi perhatian pelabur untuk mendapatkan petunjuk arah market. Fokus kepada data ‘consumer sentiment’.
Perlu diingatkan bahawa sentimen keseluruhan masih ‘bull’. Dapatkan harga yang sesuai untuk meletak pos ‘buy’

No comments:

Post a Comment